DASAR PEMBERIAN RUMAH KEDIAMAN UNIVERSITI

Mengikut amalan sekarang, peruntukan Rumah Kediaman Universiti diuruskan seperti di bawah :-

(1) Untuk Kakitangan Biasa - Kakitangan Tenaga Akademik Tempatan dan Pentadbiran, seseorang pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Rumah Kediaman Universiti. Namanya akan dimasukkan ke dalam Senarai Menunggu mengikut tarikh dan masa dipohon atau tarikh dan masa pejabat menerimanya, jika pemohon menghantar borang melalui pos dalam kampus.

Tempoh pemohon menunggu giliran adalah lebih kurang empat (4) tahun untuk Rumah Kelas D (rumah pangsa, rumah teres bertingkat dua dan rumah banglo kecil dan dua (2) tahun atau lebih untuk Rumah Kelas C (rumah banglo besar).

Terdapat tiga kategori kakitangan tetap, di mana prosedur tertentu digunakan semasa peruntukan Rumah Kediaman Universiti dibuat iaitu :-

Pengajar SLAB dan Pensyarah bercuti belajar.

Penyelia.

Guru Bahasa yang telah ditukar ke Kampus Nilam Puri.

Cuti Belajar

Berdasarkan kepada amalan sekarang Pengajar SLAB dan Pensyarah yang bercuti belajar ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran akan dipertimbangkan untuk Rumah Kediaman Universiti apabila mereka pulang ke tanah air nanti sekiranya giliran mereka sampai.

Penyelia

Pensyarah yang menolak tinggal di Rumah Kediaman Universiti atas sebab dia telah dilantik sebagai Penyelia Asrama, memohon diperuntukaan rumah selepas perkhidmatannya telah tamat dengan Asrama berkenaan.

Guru Bahasa

Guru Bahasa yang telah ditukar ke Kampus Nilam Puri memohon penangguhan peruntukan rumah sehingga mereka pulang bertugas di kampus Universiti Malaya nanti, sekiranya giliran mereka pun sampai.

Masalah timbul apabila kami tidak boleh menguruskan peruntukan rumah secara serta-merta apabila diperlukan kerana kami terpaksa menawar rumah kepada kakitangan Kontrak Luar Negeri.

  1. Untuk Kakitangan Kontrak - Kakitangan yang bukan Warganegara Malaysia (expatriate), akan diberi keutamaan peruntukan rumah, walaupun kemudahan peruntukan tidak termasuk dalam kontrak mereka.

Untuk Kakitangan Pelawat - rumah dilengkapi perabot sepenuhnya dan sewa adalah percuma.

Buat masa ini, Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan Harta Benda menjadualkan beberapa polisi mengenai isu-isu yang tidak disebut dalam Statut Perumahan seperti berikut :-

(I) Warganegara Malaysia yang bekerja secara kontrak dengan Universiti hendaklah memohon secara biasa iaitu menunggu giliran dalam senarai menunggu.

(ii) Sekiranya sepasang suami-isteri terdiri dari kakitangan Universiti, mereka hanya layak menduduki Rumah Kediaman Universiti bagi tempoh tempoh lima (5) tahun sahaja dan bukannya untuk sepuluh (10) tahun.

(iii)Jika seorang pekerja kontrak berkahwin dengan seorang Warganegara Malaysia, mereka layak untuk memohon bagi Rumah Kediaman Universiti, menunggu giliran mereka dalam senarai menunggu.

(iv)Bagi mereka yang mempunyai sebab tidak hadir untuk cabutan, boleh diwakili untuk cabutan.

(v) Sekiranya mereka yang dijemput untuk cabutan tidak hadir tanpa sebab, nama mereka dikeluarkan dari senarai menunggu, kecuali pemohon meminta secara bertulis dimasukkan semula dalam senarai menunggu.

LAMAN UTAMA

| ZONE PENYELIAAN | DASAR PERABOT | DASAR PERUMAHAN KAKITANGAN | DASAR PENYAMAN UDARA | DASAR KENDERAAN UNIVERSITI | DASAR PENYELENGGARAAN KENDERAAN | GAMBAR PEJABAT JPPHB | GAMBAR SEMASA MAJLIS JAMUAN | GAMBAR LAWATAN KE TAPAK PROJEK LEBUHRAYA