DASAR PENYELENGGARAAN KENDERAAN-KENDERAAN RASMI

1. Setiap kenderaan rasmi yang diperuntukkan hendaklah dihantar ke JPPHB untuk diservis dan/atau diselenggarakan pada setiap 10,000 km atau tiga (3) bulan sekali atau mana-mana yang terdahulu.

2. Bagi penyelenggaraan ‘rutin’, satu pesanan kerja (job order) akan diberikan kepada pengguna sebelum dihantar ke workshop yang telah dilantik. Pengguna dikehendaki menghantar sendiri kenderaan tersebut ke workshop berkenaan. Pesanan kerja ini hanya akan dikeluarkan setelah pihak JPPHB menyemak dan memeriksa kenderaan tersebut.

3. Sekiranya terdapat sebarang aduan kerosakan, pengguna kenderaan berkenaan dikehendaki membuat aduan dengan kadar segera di JPPHB untuk tindakan selanjutnya. Pengguna tidak dibenarkan menghantar wakil dan/atau melaksanakan kerja-kerja membaikpulih kerosakan kenderaan tersebut tanpa dirujuk kepada JPPHB terlebih dahulu.

4. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan / kecacatan yang diragui dan/atau termasuk dalam kerja-kerja penyelenggaraan ‘rutin’, pihak JPPHB akan mengenakan bayaran untuk membaikpulih kerosakan / kecacatan ke atas pengguna kenderaan tersebut.

5. Sekiranya kenderaan rasmi terlibat dengan kemalangan :-

5.1 Pengguna dikehendaki membuat laporan serta-merta kepada Polis Diraja Malaysia . Satu salinan laporan ini hendaklah dihantar ke - JPPHB dan satu salinan hendaklah dihantar ke Pejabat Bendahari bagi tujuan tuntutan insuran.

5.2 Kenderaan tersebut hendaklah dihantar ke JPPHB untuk disemak dan direkodkan.

5.3 JPPHB akan menghantar kenderaan tersebut ke workshop yang diiktiraf oleh pihak insuran untuk dinilai kerosakannya. Sekiranya nilai kerosakan kurang dari lima ratus (RM 500.00 ). JPPHB akan menguruskan kerja-kerja membaikpulih dan kos membaikpulih akan ditanggung oleh pengguna.

5.4 Sekiranya melebihi RM 500.00, ianya tertakluk kepada penilaian pihak insuran. Pihak insuran akan menyemak sebelum meluluskan penilaian yang telah dilakukan oleh pihak workshop . Setelah kelulusan diberikan oleh pihak insuran, kerja-kerja membaikpulih kerosakan sepertimana yang diluluskan oleh pihal insuran, akan dilakukan oleh pihak workshop.

5.5 Tempoh membaikpulih kerosakan akibat kemalangan adalah bergantung kepada jenis kerosakan dan tempoh penilaian oleh pihak insuran. Biasanya , anggaran tempoh yang diperlukan adalah antara satu (1) hingga dua (2) bulan.

      1. JPPHB tidak bertanggungjawab untuk menyediakan kenderaan gantian sehingga kerja-kerja membaikpulih kerosakan tersebut selesai dilakukan. Walau bagaimanapun, pengguna boleh mengemukakan permohonan untuk gantian untuk dipertimbangkan oleh JPPHB.
LAMAN UTAMA

| ZONE PENYELIAAN | DASAR PERABOT | DASAR PERUMAHAN KAKITANGAN | DASAR PENYAMAN UDARA | DASAR KENDERAAN UNIVERSITI | DASAR PENYELENGGARAAN KENDERAAN | GAMBAR PEJABAT JPPHB | GAMBAR SEMASA MAJLIS JAMUAN | GAMBAR LAWATAN KE TAPAK PROJEK LEBUHRAYA